17 individu termasuk penjawat awam dikompaun berjoging

17 individu termasuk penjawat awam dikompaun berjoging

ABDUL MAJID MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 17 individu termasuk sekumpulan penjawat awam dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati berjoging di Hutan Rekreasi Sungai Udang, Alor Gajah, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kesemua yang terlibat berusia antara 13 hingga 41 tahun yang dikompaun mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua mereka dikompaun selepas didapati mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), orang awam tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti riadah di taman-taman rekreasi dan hanya boleh melakukannya di kawasan perumahan. 

“Kesemua yang dikenakan kompaun juga didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini. 

Abdul Majid berkata, pada awalnya kira-kira 36 individu telah ditahan, namun kompaun hanya sempat dikeluarkan terhadap 17 individu sahaja manakala 19 yang lain melarikan diri apabila berlaku campur tangan pihak lain. 

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai campur tangan itu tetapi merasa kecewa dengan kejadian tersebut yang bagi saya episod itu tidak sepatutnya berlaku. 

“Saya mahu tekankan di sini, pihak polis negeri ini akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati mengingkari SOP berlandaskan undang-undang,” katanya. 

Ujarnya, beliau juga tidak akan ‘tunduk’ dengan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam menegakkan undang-undang bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, hari ini pihaknya telah meminta semua agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menutup taman rekreasi masing-masing. 

“Pihak bertanggungjawab boleh melakukan inisiatif dengan menaikkan papan tanda atau meletakkan penghadang dilarang masuk di semua pintu masuk di taman rekreasi awam masing-masing. 

“Saya juga harap semua pengawal keselamatan dan kakitangan yang menjaga semua taman rekreasi awam melakukan pemantauan yang lebih bagi memastikan rakyat negeri ini tidak melanggar undang-undang atau peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan MKN, ” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya