KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di negeri hari ini menyebabkan Terengganu kembali dilanda banjir untuk fasa kelima.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 malam ini seramai 138 mangsa membabitkan 40 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.
“Dungun merekodkan seramai 92 mangsa melibatkan 29 keluarga yang ditempatkan di dewan orang ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukur.
“Di Kemaman pula kesemua 46 mangsa kini berada di dewan orang ramai Teladas,” katanya kepada pemberita di sini. – UTUSAN ONLINE