1,306 mangsa bah Terengganu - Utusan Malaysia

1,306 mangsa bah Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu naik mendadak melebihi 1,000 orang menjadikan kesemua yang terjejas akibat bencana itu seramai 1,306 orang berbanding hanya 267 orang yang direkodkan pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 6 petang ini, sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi termasuk 10 yang baharu dibuka semalam bagi menempatkan penduduk yang terjejas bah di tiga daerah.

Katanya, Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan seramai 979 orang melibatkan 237 keluarga.

“Sebanyak sembilan PPS dibuka di daerah itu manakala di Dungun pula, mangsa bertambah kepada 257 orang membabitkan 81 keluarga.

“Banjir turut merebak ke Hulu Terengganu dan menjejaskan 70 penduduk dengan kesemua dipindahkan ke dua PPS di Gunung Menerung dan Pengkalan Ajal,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Che Adam, keadaan cuaca di Terengganu masih hujan berterusan terutama di bahagian hulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya