120 sekatan jalan raya di Selangor - Utusan Malaysia

120 sekatan jalan raya di Selangor

ARJUNAIDI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 120 sekatan jalan raya akan dijalankan di seluruh Selangor berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sekatan jalan raya yang akan dilakukan itu termasuk di laluan keluar masuk bagi rentas daerah dan negeri.

“Bagaimanapun setakat ini, bilangan sekatan jalan raya masih belum diputuskan berikutan dalam proses penyusunan. Jumlah sekatan jalan raya akan diketahui dalam sehari dua lagi.

“Begitu juga dengan penugasan anggota yang terlibat dengan PKP yang mana kita tidak dapat dedahkan jumlah penglibatan. Kita kini sedang mengatur penugasan dan bergantung pada arahan serta prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya di sini.

Berhubung barangan keperluan yang telah habis di pasaran, Arjunaidi berkata, situasi itu tidak seharusnya berlaku kerana pelaksanaan PKP kali ini adalah merupakan fasa kedua.

Menurutnya, masyarakat telah melalui fasa pertama dan pembelian panik tidak timbul kerana semua barangan di pasaran mencukupi.

“Kerajaan membenarkan orang ramai membeli barangan keperluan cuma perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Oleh demikian tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang ingkar dan kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang gagal mengikut arahan,” jelasnya.

Tambahnya, masyarakat diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam membantu memutuskan rantaian Covid-19 dan yakin usaha itu berkesan sekiranya semua pihak mematuhi arahan. – UTUSAN ONLINe

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya