1,000 peranti percuma keluarga B40 Port Dickson - Utusan Malaysia

1,000 peranti percuma keluarga B40 Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kira-kira 1,000 peranti percuma akan diberikan kepada keluarga dalam kalangan kategori 40 peratus terendah (B40) bagi Parlimen Port Dickson.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranti berupa telefon pintar tersebut akan diberikan dalam masa terdekat dan sehingga kini pihaknya telah menerima kira-kira 1,000 permohonan untuk tujuan tersebut.

“Setakat ini, yang mendaftar lebih seribu keluarga tapi saya perlu melihat adakah mereka layak atau tidak dalam tempoh seminggu dua ini.

“Saya akan menumpukan keluarga B40 namun bagi keluarga 40 peratus sederhana (M40) yang mempunyai anak yang ramai saya juga akan melihat dan penelitian semula kepada yang memohon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasar Besar Port Dickson dekat sini yang mengalami kebakaran awal pagi tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pasar Besar Port Dickson yang terletak di Jalan Dato’ K. Pathmanathan dekat sini terbakar 30 peratus dalam kejadian yang pada pukul 3.26 pagi tadi.

Kebakaran tersebut memusnahkan empat gerai penyewa gerai sayur dan sebuah gerai kedai bunga.

Sementara itu, memberitahu, pihaknya telah bertemu dengan semua peniaga terjejas dan mereka telah diberi dua pilihan sama ada menerima ganti rugi atau terus beroperasi di pasar sementara yang akan disediakan.

“Bagi peniaga yang terkesan mereka diberi pilihan untuk ganti rugi atau terus beroperasi namun semua memilih untuk berniaga di tapak sementara yang telah disediakan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba, polis dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang segera memperbaiki pasar berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin memaklumkan, kerajaan negeri akan menyumbang sebanyak RM2,000 bagi peniaga-peniaga yang terjejas.

Beliau turut memaklumkan, punca kejadian kebakaran pasar tersebut masih dalam siasatan pihak bomba. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya