Zainol Fadzi, 4 ADUN UMNO dilantik Exco - Utusan Malaysia

Zainol Fadzi, 4 ADUN UMNO dilantik Exco

ZAINOL FADZI PAHARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik dari Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Perak hari ini.

Namun daripada lima exco yang dilantik hari ini, tiada ADUN dari Pas disenaraikan.

Zainol Fadzi yang merupakan Setiausaha Bersatu Perak mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Beliau merupakan Exco kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Empat lagi ADUN yang mengangkat sumpah merupakan merupakan Exco sebelum ini yang kesemuanya dari UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Sebelum ini, Pas mempunyai dua exco dalam kerajaan negeri iaitu ADUN Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin.

Terdahulu hari ini, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dalam sidang akhbar berkata, beliau akan menubuhkan kerajaan negeri dengan melantik lima Exco.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bahawa kerajaan perlu ditubuhkan sekurang-kurangnya seorang Menteri Besar dan empat Exco.

Beliau berkata, ini merupakan langkah awal penubuhan kerajaan negeri berikutan kesuntukan masa bagi tujuan membentangkan Belanjawan negeri 2021 pada Rabu depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya