Zaharawi P. Ramlee ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

Zaharawi P. Ramlee ditemukan mati lemas

ANGGOTA bomba bersama polis dan orang ramai membawa mayat mangsa lemas Zahrawi P. Ramlee di Tanjung Piai, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : “Sejak tiga hari lalu, bahu kiri saya merasa berat, kalau kata orang-orang tua ada sesuatu yang buruk akan berlaku.”

Demikian kata-kata P. Ramlee Dasan yang merupakan bapa kepada mangsa lemas, Zaharawi P. Ramlee, 13, dalam satu kejadian berhampiran Jeti Nelayan Tanjung Piai di sini hari ini.

Menurut P. Ramlee, 52, dia tidak sangka andaian itu menjadi kenyataan apabila anaknya ditemukan mati selepas tergelincir ketika bermandi-manda bersama sembilan rakan lain.

Ujarnya, arwah anaknya sebelum itu mengikut keluarga jirannnya ke Tanjung Piai setelah menyertai kerja-kerja gotong-royong di sebuah dewan di sini.

“Namun kira-kira pukul 1.30 petang saya menerima panggilan daripada rakannya yang menyatakan arwah mandi di kawasan jeti Tanjung Piai dan kemudian tidak muncul.

“Ketika itu barulah saya dimaklumkan dia tergelincir ketika menyertai rakan-rakan yang mandi di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pontian di sini.

Tambah P. Ramlee, anaknya merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Telok Kerang merupakan anak periang dan amat menghormati ibu bapa.

Jelasnya, namun dia dan isterinya, Rohanah Jamal, 52, reda dengan ketentuan yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat  Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba, Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.29 petang.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menghantar lima aset termasuk sebuah bot dengan kekuatan 17 anggota ke lokasi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di kawasan pesisiran pantai dan jeti dengan menggunakan kaedah ‘Surface and Searching’,” ujarnya.

Tambah Iqbal, mangsa telah dijumpai pada pukol 3.40 petang oleh orang ramai di bawah jeti dalam jarak lima meteri dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian untuk tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya