Yadim Kelantan bantu asnaf selepas banjir - Utusan Malaysia

Yadim Kelantan bantu asnaf selepas banjir

MAHADI Awang (dua kiri) bersama Wan Hassan Wan Ibrahim (dua kanan) menyampaikan sumbangan bungkusan makanan kepada seorang asnaf mangsa banjir di Kampung Gong Pasir, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan akan mengagihkan bungkusan barangan keperluan dan menyediakan khidmat membersihkan kediaman golongan asnaf yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Pengarah Yadim negeri, Mahadi Awang berkata, bagi fasa pertama pasca banjir, sebanyak RM30,000 dibelanjakan bagi membekalkan makanan dan barangan dapur serta projek membersihkan rumah warga emas, ibu tunggal dan warga miskin di semua daerah.

Menurutnya, sebanyak 3,021 keluarga dikenal pasti untuk diziarah dalam usaha membantu meringankan bebanan mereka selepas menghadapi banjir selain kekangan pergerakan akibat pendemik Covid-19.

“Program kebajikan ini turut melibatkan 100 keluarga nelayan di Pulau Suri dan Pulau Tokang di Tumpat yang perlu dibantu kerana mereka juga dibelenggu kepayahan hidup kerana tidak dapat turun ke laut pada musim laut bergelora.

“Asnaf dan mangsa banjir di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat juga tidak diabaikan. Kita akan bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Jajahan dan penghulu tempatan bagi menjejaki mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ziarah Pasca Banjir Yadim di Kampung Gong Pasir, di sini petang ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan Ketua Penolong Ketua Jajahan, Muhammad Zaidi Mat Jusoh.

Rombongan Yadim itu menziarahi 22 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Kampung Gong Pasir bagi menyampaikan sumbangan makanan kepada ketua keluarga.

Mahadi berkata, program ziarah yang sama akan diadakan di sekitar Batu Melintang, Jeli dan kawasan Kuala Krai dalam tempoh yang terdekat kerana penduduk kawasan rendah di pedalaman juga perlu disantuni khusus untuk meringankan bebanan mereka.

Mengulas lanjut mengenai program membersih kediaman mangsa banjir, Mahadi berkata, ia akan melibatkan sukarelawan daripada 12 badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah menyatakan kesediaan untuk turun ke lokasi yang terpilih. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya