Warganet persoal nama stadium mini - Utusan Malaysia

Warganet persoal nama stadium mini

Stadium mini Padang Terap yang menggunakan nama pegawai daerah telah dirasmikan pada 7 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berhubung penggunaan nama pegawai daerah itu untuk sebuah stadium mini di Kuala Nerang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, kerajaan negeri akan mendengar penjelasan pihak berkenaan terlebih dahulu berhubung isu tersebut yang kontroversi ketika ini sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kerajaan negeri tidak terlibat dalam perkara seperti meletakkan nama stadium atau jalan sempena nama individu tertentu di kawasan bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Memandangkan perkara ini sudah menjadi isu kerana didakwa nama pegawai daerahnya kita akan panggil PBT terbabit ntuk penjelasan. Mereka mungkin mempunyai alasan tertentu, “ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang isu yang tular di media sosial ketika ini iaitu sebuah stadium mini di Padang Terap yang didakwa menggunakan nama pegawai daerah kawasan itu secara terbalik sekali gus dipersoalkan oleh warganet.

Utusan Malaysia difahamkan Stadium Mini Ffira Mikah Kuala Nerang yang dimiliki Majlis Daerah Padang Terap itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah, Hakim Ariff Md. Nor pada 7 Disember lepas selepas ia dinaik taraf.

Turut tular video berdurasi dua minit dipercayai untuk mempromosikan stadium berkenaan yang kini diurus oleh sebuah persatuan bola sepak.

Rata-rata warganet mula mempersoalkan bagaimana nama seorang penjawat awam yang masih berkhidmat digunakan untuk stadium berkenaan.

Tidak kurang juga netizen yang mengusulkan agar stadium berkenaan dinamakan sempena nama tokoh sukan atau bola sepak negeri ini sebagai menghargai jasa mereka. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya