Warga emas dikesan simpan rokok seludup - Utusan Malaysia

Warga emas dikesan simpan rokok seludup

WARGA emas ditahan ketika sedang memunggah rokok seludup di Jalan Ciku, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Penahanan seorang warga emas berjaya menemukan 778 karton rokok seludup pelbagai jenama dan dianggarkan berjumlah RM161,564 di Jalan Ciku, Ulu Tiram di sini hari ini.

Tindakan lelaki itu dikesan menerusi satu serbuan dilakukan oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika pemeriksaan terhadap lelaki itu pada pukul 7.30 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan ketika memunggah rokok seludup pelbagai jenama dari sebuah van ke sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan 778 karton rokok seludup pelbagai jenama. Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk dua buah kenderaan itu berjumlah lebih RM221,000.

“Tangkapan dan rampasan yang dibuat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dimin berkata, pihaknya percaya rokok seludup yang dirampas itu bagi tujuan pasaran di sekitar Ulu Tiram. 

“Batalion 5 PGA menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya