Wanita maut kereta dinaiki bertembung dengan motosikal - Utusan Malaysia

Wanita maut kereta dinaiki bertembung dengan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama lima ahli keluarganya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal  di simpang empat lampu isyarat di Taman Industri Saujana, Lunas di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9  malam itu, mangsa Hasimah Musa, 45,  berasal dari Kuala Ketil dekat sini maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

Sementara itu, pemandu kereta mengalami cedera ringan dan ahli keluarga yang lain tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata,  hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil  bertembung dengan dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 125 Z yang ditunggangi seorang lelaki berusia 27 tahun.

“Kereta mangsa dari arah Baling manakala penunggang  motosikal  dari arah Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) menghala ke arah Baling.

“Apabila  tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai telah membelok ke kanan jalan  lalu  bertembung dengan motosikal yang datang dari arah BKE.

“Akibat daripada pertembungan itu mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara penunggang motosikal terbabit pula mengalami patah tangan serta kaki kanan dan cedera di kepala,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata,  mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim di sini untuk rawatan lanjut dan mayat mangsa dibawa ke bilik forensik hospital itu untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya