Wanita maut ekzos motosikal bergesel kereta - Utusan Malaysia

Wanita maut ekzos motosikal bergesel kereta

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah kereta di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ), di Melekek Simpang Ampat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Zaitun Ab. Ghani, 54, yang bekerja di sebuah kilang telur ayam dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

ZAITUN AB> GHANI

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Kemus, Simpang Ampat dari arah bandar Melaka.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dari arah sama telah berlanggar dengan motosikal ditunggangi mangsa yang terkena pada bahagian ekzos, menyebabkan wanita itu terjatuh dan tercampak.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Motosikal dan kereta tersebut ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya