Wanita maut dihempap kereta setinggi enam meter  - Utusan Malaysia

Wanita maut dihempap kereta setinggi enam meter 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Wanita maut dalam keadaan menyayat hati selepas dihempap sebuah kereta yang terjatuh dari tempat meletak kereta setinggi enam meter di Kondominium Green Land Park, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, mayat Kim Hui Ping, 49 ditemukan di bawah kereta jenis Toyota Vios dengan kecederaan parah pada seluruh anggota badan.

Kereta terbabit dipandu seorang warga emas berusia 71 tahun yang cedera dan turut tersepit di dalam kenderaannya.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Perak, Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.54 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian mendapati pemandu kereta berada dalam keadaan tersepit di dalam kenderaannya.

“Anggota memberi rawatan awal kepada pemandu kereta terbabit sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang manakala mangsa yang dihempap dilaporkan mati di tempat kejadian.

“Usaha membawa keluar mayat wanita itu mengambil masa kurang 15 minit dan diserahkan kepada pasukan polis untik tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya