Wanita ditahan miliki heroin bernilai RM6,055 - Utusan Malaysia

Wanita ditahan miliki heroin bernilai RM6,055

DADAH jenis heroin yang ditemukan di dalam beg pinggang seorang wanita semasa pemeriksaan di Jalan Permatang Pauh, Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH:  Wanita berusia 33 tahun yang disyaki pengedar dadah ditahan polis bersama sejumlah heroin ketika pemeriksaan di tepi Jalan Permatang Pauh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, wanita berkenaan ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika ditahan, suspek bertindak menyerahkan sendiri beg pinggang yang dipakainya kepada polis.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut menemukan tiga paket dadah jenis heroin seberat 121.1 gram yang dianggarkan bernilai RM6,055 di dalam beg itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek yang memiliki enam rekod lampau itu positif dadah jenis morfin dan methamphetamine,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah itu untuk pasaran di sekitar daerah ini dan sekiranya terlepas boleh digunakan oleh 220 penagih dadah.

Menurutnya, suspek ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya