Wanita DAP tiba di Masjid Ar-Rahah, ucap takziah kepada Najib - Utusan Malaysia

Wanita DAP tiba di Masjid Ar-Rahah, ucap takziah kepada Najib

DARI kiri, Young Syefura Othman bersama-sama Yeo Bee Yin dan Teresa Kok ditemui pemberita selepas melawat jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah di sini hari ini. -UTUSAN/OMAR ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Tiga pemimpin wanita DAP tiba di Masjid Ar-Rahah bagi memberi menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman datang bersama-sama dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin kira-kira 9.37 pagi tadi.

Young Syefura sempat mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pemergian bonda tercintanya.

“Golongan wanita kehilangan wanita yang kuat, yang disegani.

“Semoga Datuk Seri Najib dan ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Masjid Ar Rahah pagi tadi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya