Veterinar pantau penyeludupan daging haram - Utusan Malaysia

Veterinar pantau penyeludupan daging haram

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Aktiviti penyeludupan dan pembungkusan semula daging secara haram boleh menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif kepada perniagaan daging yang diimport secara sah melalui sistem kelulusan import ditetapkan kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius isu penyeludupan daging oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagaimana dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini. 

Katanya, pengimportan daging secara sah perlu diperoleh daripada sumber negara dan rumah sembelih yang diperiksa dan diluluskan DVS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai jaminan keselamatan makanan dan status halal.

“Manakala bagi rumah sembelih kerbau di India, ia turut dilakukan bersama Kementerian Kesihatan. 

“Sehingga kini, kerajaan sudah meluluskan sebanyak 28 rumah sembelih lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil, Pakistan dan Afrika Selatan serta 11 rumah sembelih kerbau dari India dan Pakistan,” katanya. 

Katanya, semua rumah sembelih tersebut diaudit oleh DVS dan Jakim serta Kementerian Kesihatan untuk rumah sembelih kerbau di India sebelum diberikan kelulusan. 

“Kebenaran import hanya diberikan kepada syarikat yang berdaftar dengan DVS dan setiap konsainan import perlu dibuktikan dengan dokumen perakuan sah oleh pihak berkuasa negara pengeksport seperti Sijil Kesihatan Veterinar oleh pihak berkuasa veterinar, sijil halal oleh badan Islam yang diperakui Jakim serta mendapat kelulusan permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). 

“Setiap konsainan daging yang diimport setelah melepasi semua prosedur ditetapkan akan dijalankan pemeriksaan fizikal dan verifikasi dokumen oleh MAQIS di pintu masuk sebelum diberikan pelepasan memasuki negara,” katanya. 

Sehubungan itu, orang ramai boleh memeriksa sendiri senarai penuh rumah sembelih mengikut negara sumber yang diluluskan dengan melayari dalam laman sesawang www.dvs.gov.my. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya