Vaksin Pfizer: Jangan terburu-buru - Utusan Malaysia

Vaksin Pfizer: Jangan terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jangan terburu-buru melaksanakan proses pemberian vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer.

Demikian tegas Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abd. Kadir terhadap kerajaan sehingga vaksin tersebut diuji secara klinikal berkesan untuk setiap peringkat umur.

Ini susulan enam individu dilaporkan meninggal dunia dalam fasa terakhir ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech.

Mohideen berkata, pihaknya bimbang mengenai kesan vaksin Covid-19 itu terhadap rakyat terutama golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit.

Apatah lagi jelas beliau, data-data mengenai penghasilan vaksin berkenaan dibuat oleh syarikat farmaseutikal itu sendiri yang mana dibimbangi hanya meletakkan matlamat keuntungan semata-mata.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan.

Dalam pada itu Mohideen berkata, penghasilan sesuatu vaksin selalunya mengambil masa yang panjang dan CAP bimbang sekiranya vaksin Covid-19 tersebut dihasilkan secara terburu-buru oleh syarikat farmaseutikal.

“Kementerian Kesihatan juga perlu menjalankan kajian mengenai kesan jangka panjang vaksin tersebut dan kesan sampingan kepada pengguna,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya