'Ustaz Budak' tak mengaku cium pipi, cabul lelaki - Utusan Malaysia

‘Ustaz Budak’ tak mengaku cium pipi, cabul lelaki

PENDAKWAH terkenal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mencabul seorang lelaki, minggu lalu. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pendakwah yang dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang lelaki, minggu lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun dengan mencium pipi, menggesel dan memegang kemaluan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah hotel, di sini kira-kira pukul 1.15 pagi pada 16 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili Peguam Siti Atikah Abd. Halim.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya