Tumpang berteduh bersama 19 keluarga di PPR - Utusan Malaysia

Tumpang berteduh bersama 19 keluarga di PPR

NURUL Sakinah Kamsan (dua dari kiri) menerima sumbangan berupa barangan bayi dan dapur berjumah RM1,000 daripada Econsave di PPR Kempas, Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dan lima anaknya terpaksa menumpang kasih di rumah keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas kerana kehilangan tempat bergantung setelah suami meninggal dunia pada 15 November lalu.

Malah lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal tinggal sementara bersama 13 ahli keluarga lain di rumah flat itu yang hanya berkeluasan 700 kaki persegi.

Menurut Nurul Sakinah Kamsan, 30, suaminya, Sani Parmin meninggal dunia ketika dia sarat mengandung anak bongsu dan akibat jangkitan kuman dalam badan.

Lantaran itu, dia membawa lima anak berumur antara dua bulan hingga 11 tahun tinggal di rumah keluarga sini tidak lama kemudian.

“Saya kini tiada tempat bergantung berikutan hanya suami sahaja yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah.

“Sebelum ini, kami menyewa rumah di Taman Pelangi Indah tetapi sejak kematian suami terpaksa menumpang tinggal bersama ibu bapa bersama adik-beradik yang lain di PPR Kempas,” katanya.

Dia yang merupakan anak sulung dari lapan beradik berkata akan mencari kerja baharu bagi membiayai keluarga selepas habis pantang kelak.

“Saya kena berusaha bantu keluarga dan anak-anak, kalau tidak saya, siapa lagi mahu bantu,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, pihaknya terpanggil meringankan beban keluarga tersebut termasuk barangan bayi yang keseluruhan berharga RM1,000.

“Ini merupakan tanggungjawap sosial yang menjadi misi pihak Econsave bagi membantu mereka yang di dalam kesusahan,” katanya.

Beliau berharap sumbangan bantuan itu dapat meringankan beban ditanggung oleh ibu tunggal tersebut dalam menjalani kehidupan seharian.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank bapa tirinya, Sulaiman Surahman melalui Bank Simpanan Nasional 0114841000046174. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya