Pas gesa tubuh suruhanjaya diraja siasat isu kartel daging

Tubuh suruhanjaya diraja siasat isu kartel daging

RUSMAN KEMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan dicadangkan untuk menubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat dan menangani isu kartel daging import logo halal palsu yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin berkata, ia merupakan antara cadangan Pas Johor untuk menangani isu kartel daging import yang menggunakan logo halal palsu.

Katanya, kerajaan digesa mengetatkan undang-undang melibatkan makanan import ke negara ini.

“Selain itu, agensi penguatkuasaan perlu melipatgandakan pemeriksaan ke atas premis pemprosesan makanan selain membuat pembaharuan kepada logo halal bersesuaian dengan perkembangan semasa.

“Malah pihak berwajib seharusnya memanfaatkan sepenuhnya media kerajaan untuk mendidik masyarakat supaya peka dengan pengambilan makanan yang halal dan sihat. 

“Tindakan seterusnya pula ialah mengenakan hukuman yang berat kepada kakitangan kerajaan yang terlibat sebagai dalang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 2 Disember lalu, akhbar arus perdana mendedahkan berhubung kegiatan import daging sejuk beku import tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan.

Dalam pada itu, Rusman berkata, pihak bertanggungjawab digesa menyediakan akses yang mesra dan mudah kepada rakyat untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Katanya, Pas Johor berharap isu-isu yang menjadi kebimbangan masyarakat Islam di Malaysia yang kurang diberi perhatian dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Tambahnya, pihaknya turut menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia supaya lebih sensitif dalam isu itu.

“Sebagai sebuah negara dipimpin oleh pemimpin Islam dan majoriti rakyat beragama Islam bahkan agama Islam itu sendiri sebagai agama rasmi negara tidak sepatutnya isu seperti ini berlaku secara berulang kali.

“Pas Johor memandang serius isu ini dan juga isu-isu seumpamanya yang telah berbangkit sebelum ini antaranya isu ayam di pasar raya yang tidak disembelih sempurna, isu ikan patin di Perak yang diternak dengan memberi makan bangkai khinzir dan pelbagai isu lain berkaitan makanan yang tidak patuh syariah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya