Tubuh pasukan khas siasat kartel daging haram - Utusan Malaysia

Tubuh pasukan khas siasat kartel daging haram

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pergerakan Pemuda UMNO menggesa satu pasukan khas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menyiasat berhubung kegiatan kartel penyeludupan daging import haram yang diragui status halal.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beberapa maklumat diperolehi pihaknya yang mana terdapat penglibatan agensi kerajaan secara langsung dalam aktiviti itu.

Ujarnya, agensi terlibat secara langsung dalam aspek pemeriksaan, pemantauan, penguatkuasaan melibatkan pemprosesan daging, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan di luar negara.

“Memandangkan banyak agensi dan institusi terlibat dalam urusan kawal selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasaan industri halal di negara ini, jadi kami mendesak agar pasukan khas ditubuhkan segera.

“Ini bagi membolehkan siasatan dapat dijalankan secara pantas dan bersepadu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Asyraf bersama beberapa wakil Pemuda UMNO hadir ke Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 2 petang bagi membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau bagaimanapun selesai membuat laporan polis kira-kira pukul 3 petang ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya