Trend jenayah remaja dan kanak-kanak membimbangkan - Utusan Malaysia

Trend jenayah remaja dan kanak-kanak membimbangkan

AYOB Khan Mydin Pitchay (kiri) menyerah buku Modul (MEKAR) kepada pengawai polis pada Majlis Pelancaran Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja (MEKAR) PDRM Kontinjen Johor bersama Universiti Teknologo Malaysia (UTM) di Banquet Hall, Horizon Hills Golf & Country Club Iskandar Puteri Johor Bahru di sini hari ini. Gambar: Baazlan Ibrahim. Pemberita: Mohamad Faizal utusan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Trend dan statistik jenayah melibatkan kanak-kanak dan remaja sama ada mereka menjadi mangsa atau pelaku jenayah di negeri ini agak membimbangkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, antara kesalahan jenayah yang tertinggi membabitkan pelajar adalah berkaitan kes curi, mencederakan orang, pecah rumah, rogol dan samun. 

Beliau berkata, biarpun statistik menunjukkan tangkapan melibatkan pelajar sekolah dalam indeks jenayah menurun, namun ia masih pada kadar yang membimbangkan.

“Bagi tahun 2018, tangkapan melibatkan pelajar sekolah dalam indeks jenayah adalah sebanyak 1,388 kes menurun kepada 1,230 kes pada tahun lalu. Pada tahun ini, sebanyak 538 kes direkodkan dari awal Januari hingga Oktober lalu. 

“95 peratus pelaku jenayah dalam kalangan pelajar adalah lelaki manakala selebihnya melibatkan pelajar perempuan. Bagi kes jenayah yang dilaporkan, 58 peratus mangsa adalah pelajar perempuan manakala 42 peratus adalah pelajar lelaki. 

“Mangsa paling tinggi adalah bagi kes rogol, mencederakan orang dan curi motosikal. Hampir 99 peratus pelaku jenayah dan mangsa merupakan pelajar sekolah menengah berusia lingkungan umur 13 hingga 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja Polis Johor bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, penglibatan kes narkotik dalam kalangan pelajar pada tahun 2018 adalah sebanyak 38 kes yang melibatkan 67 pelajar.

Katanya, jumlah itu menurun kepada 33 kes melibatkan 43 pelajar pada 2019 dan 30 kes melibatkan 36 pelajar dalam awal tahun hingga Oktober lalu.

“Semua kes jenayah narkotik adalah melibatkan pelajar sekolah menengah iaitu bagi kesalahan memiliki dadah, memasukkan dadah ke dalam badan dan penyalahgunaan air ketum.

“Walaupun bilangan kes melibatkan pelajar bagi kes narkotik dalam tempoh tiga tahun menurun, namun langkah pencegahan perlu diambil agar penglibatan pelajar dalam kes jenayah dalam ditangani,” katanya.

Ayob Khan memberitahu, Mekar ialah inisiatif polis Johor dengan kerjasama UTM bagi memastikan generasi muda ini mendapat kesedaran awal dan mencegah dari terlibat dengan kegiatan jenayah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN