TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad - Utusan Malaysia

TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan takziah kepada penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad di atas pemergian ahli keluarga dalam kemalangan di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Baginda juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Muhammad Syafiq sekeluarga.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” titah Baginda dalam Facebook HRH Crown Prince Of Johor hari ini.

Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, turut maut dalam kemalangan itu ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Sementara itu, isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah, manakala Muhammad Syafiq dan anak perempuannya dilaporkan mengalami kecederaan ringan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN