Tinggal 1 PPS masih dibuka - Utusan Malaysia

Tinggal 1 PPS masih dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Cuaca baik sejak semalam menyaksikan paras air Sungai Golok, di sini semakin menurun berbanding semalam dengan banjir di hampir semua kawasan kembali surut.

Menurut infobanjir.water.gov.my, paras air sungai yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand itu berada pada tahap berjaga-jaga iaitu 7.51 meter setakat pukul 5 petang ini.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Pasir Mas menjadi satu-satunya PPS yang masih dibuka di negeri ini.

Sebanyak 30 mangsa banjir daripada enam keluarga menjadi kumpulan terakhir yang masih berlindung di PPS berkenaan kerana rumah mereka masih digenangi air.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya