Tiga pemimpin PH Perak sekali lagi menghadap Sultan Perak - Utusan Malaysia

Tiga pemimpin PH Perak sekali lagi menghadap Sultan Perak

KENDERAAN dinaiki Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming tiba di Istana Kinta bagi menghadap Sultan Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak sekali lagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Asmuni Awi dilihat memasuki pekarangan istana antara pukul 2.55 hingga 3.05 petang.

Ketiga-tiga mereka hadir ke istana dengan menaiki kenderaan berasingan.

Terdahulu, Sultan Nazrin menitahkan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas menghadap baginda hari ini.

Kesemua ADUN itu dititah untuk hadir bagi membolehkan Sultan Nazrin mendengar pendirian mereka dalam penubuhan kerajaan negeri yang baharu.

Sehingga pukul 3.30 petang ini, ADUN daripada Bersatu masih belum tiba di Istana Kinta manakala tiga ADUN daripada Pas yang dijadualkan hadir pada pukul 3 petang membatalkan kehadiran mereka susulan arahan daripada pejabat Pas Pusat.

ADUN daripada Pas terdiri daripada ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

ADUN daripada Bersatu pula terdiri daripada ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi; ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN