Tiada unsur jenayah kes kematian Nora Anne - Utusan Malaysia

Tiada unsur jenayah kes kematian Nora Anne

MOHD. Nor Nikman Ahammed hadir memberikan keterangan dalam prosiding inkues menentukan kematian Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban, Kompleks Mahkamah Seremban, Seremban 2 dekat sini hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua Polis Balai Nilai, Inspektor Mohd. Nor Nikman Ahammed memberitahu, siasatan secara menyeluruh telah dijalankan namun tiada sebarang petunjuk atau bukti yang boleh mengaitkan kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin dengan unsur jenayah.

Mohd. Nor Nikman, 33, yang merupakan saksi ke-46 dalam inkues bagi menentukan punca kematian Nora Anne berkata, terdapat tiga elemen utama dalam siasatan kes berkenaan iaitu pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) di lokasi kejadian, siasatan cap jari dan rakaman percakapan saksi.

“Pada 6 Ogos tahun lalu, siasatan DNA iaitu sampel tompokan dipercayai darah telah diambil di tandas tingkat bawah manakala pada 7 Ogos pula sampel peluh diambil di bahagian atas Sora House (vila penginapan remaja itu bersama keluarga semasa tiba di Malaysia).

“Sampel DNA ke atas sembilan buah kenderaan yang diperiksa pada 10 hingga 17 Ogos turut diambil serta sampel bedah siasat remaja itu selain sampel pondok kayu berhampiran lokasi mayat ditemukan dan hasilnya menunjukkan negatif DNA Nora Anne,” katanya di hadapan Koroner, Maimoonah Aid hari ini.

Mohd. Nor Nikman ketika kejadian bertugas sebagai Pegawai Penyiasat yang bertanggungjawab menyiasat laporan mati mengejut ke atas Nora Anne selepas mayat remaja itu ditemukan.

“Sebanyak 11 laporan cap jari telah diambil bagi melengkap siasatan melibatkan penghuni Sora House, pekerja dan penghuni The Dusun Resort, orang awam yang berada di sekitar kawasan serta ahli keluarga remaja perempuan itu.

Pada prosiding hari ke-23 inkues Nora Anne itu, beliau turut memberitahu, pihak polis telah mengambil sebanyak 91 rakaman percakapan keterangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya