Tiada sebarang kecederaan akibat keganasan pada Nora Anne - Utusan Malaysia

Tiada sebarang kecederaan akibat keganasan pada Nora Anne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakar forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Dr. Hanif Mahmud memberitahu Mahkamah Koroner Seremban tiada sebarang kecederaan akibat keganasan pada mayat Nora Anne Quoirin.

Beliau yang merupakan saksi ke-42 dalam prosiding inkues kematian gadis Ireland itu berkata, melalui pemeriksaan bedah siasat pihaknya tidak menemukan sebarang kecederaan yang menandakan mangsa telah bergelut.

Katanya, antara tanda kecederaan akibat bergelut contohnya seperti lebam di bahagian pergelangan tangan akibat ditarik atau lebam di bahagian mana-mana tubuh badan akibat dipukul.

“Tiada juga kecederaan luaran terutama di bahagian kemaluan.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada koyakan pada selaput dara. Pemeriksaan juga dijalankan di bahagian dalam tapi tidak mendapati sebarang kecederaan seperti lebam,” katanya di hadapan Koroner, Maimoonah Aid semasa prosiding inkues yang memasuki hari ke-21 semalam.

Melalui pemeriksaan itu katanya, boleh disimpulkan tidak terdapat penetrasi pada bahagian selaput dara tetapi beliau tidak boleh menafikan secara 100 peratus sekiranya jari tersentuh di bahagian tersebut contohnya.

Selain itu katanya, terdapat kecederaan pada bahagian telapak kaki mangsa, dan beliau berpendapat kecederaan itu konsisten sekiranya mangsa berjalan tanpa kasut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN