Tiada pertunjukan bunga api - KPN - Utusan Malaysia

Tiada pertunjukan bunga api – KPN

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiada permit dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penganjuran ambang Tahun Baru esok.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid memberitahu Utusan Malaysia, meskipun pihaknya ada menerima permohonan bagi pertunjukan bunga api, namun, perkara itu ditolak.

Arahan tersebut selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang ketika ini.

“Saya telah keluarkan arahan, tiada permit dikeluarkan, jadi tidak ada sebarang penganjuran ambang tahun baru 2021 akan dilaksanakan.

“Kita semua perlu berpada-pada memandangkan kemungkinan sambutan seumpama itu boleh menyebabkan kes Covid-19 meningkat semula,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya