Tiada parti miliki majoriti tubuh kerajaan - Utusan Malaysia

Tiada parti miliki majoriti tubuh kerajaan

MOHD. Annuar Zaini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Belum ada mana-mana parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu setakat ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, berikutan itu, pihak istana akan menunggu sehingga pihak yang telah bersedia dan menyakinkan sultan bahawa mereka sudah memiliki majoriti mudah.

“Setakat ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan oleh mana-mana pihak bahawa mereka sudah ada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

“Sehingga baginda diyakinkan sudah ada mana-mana pihak yang sudah ada majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah menteri besar boleh dilaksanakan.

“Kita akan tunggu sampai mereka telah bersedia dengan menyakinkan sultan dan sultan berpuas hati bahawa mereka sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta di sini hari ini.

Mohd. Annuar berkata, pada pukul 3.15 petang ini, tiga pengerusi parti dalam Pakatan Harapan (PH) telah menghadap dan menyembah maklum kepada Sultan Perak mengenai status perundingan yang sedang berlaku dari pihak mereka.

Menurutnya, selepas itu, Sultan Perak menitahkan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menghadap dan menyembahkan mengenai status perundingan yang sedang berlaku di antara parti itu dengan pelbagai pihak.

“Sultan belum diyakinkan dengan mana-mana pihak bahawa mereka sudah ada majoriti mudah.

“Setakat ini belum ada mana-mana pihak yang mohon untuk menghadap baginda esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN