Tiada masalah kerjasama dengan MB - Zainol Fadzi - Utusan Malaysia

Tiada masalah kerjasama dengan MB – Zainol Fadzi

ZAINOL Fadzi Paharuddin (tengah) bersama dua lagi ADUN Bersatu iaitu ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (kanan) dan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri selepas menghadap Sultan Perak di Istana Kinta di Ipoh baru-baru ini. - UTUSAN/ ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik dari Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang dilantik exco kerajaan negeri tiada masalah beliau untuk bekerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

Zainol Fadzi yang juga Setiausaha Bersatu Perak berkata, beliau dan Saarani pernah menjawatan jawatan exco selama dua penggal di bawah kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Hubungan saya dan Saarani baik, tiada masalah untuk saya kerjasama dengan beliau sebab pernah dua penggal bersama Saarani, sebelum ini jadi exco bawah BN,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ditanya sama ada pelantikan beliau akan menjernihkan semula hubungan UMNO dan Bersatu, Zainol berkata, Bersatu akan bergerak ke depan.

Menurut Zainol Fadzi, beliau memang tidak pernah menjangka akan jadi exco semula.

“Saya terima jawatan ini atas arahan parti oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu,” katanya.

Mengenai pelantikan exco dari Bersatu, Zainol berkata, Bersatu Perak memang adakan mencadangkan dua nama exco sebelum ini iaitu ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri.

Zainol Fadzi merupakan bekas ADUN UMNO yang menyertai Bersatu ketika penubuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018.

Zainol Fadzi merupakan muka baharu yang dilantik sebagai exco dalam kerajaan negeri di bawah menteri besar yang baharu, Saarani.

Empat lagi ADUN yang mengangkat sumpah jawatan exco di bawah menteri besar yang baharu kelmarin semuanya bekas exco sebelum ini dari UMNO.

Mereka ialah ADUN Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Semalam, Saarani berkata, lima lagi jawatan exco akan diisi selepas ini namun pelantikannya bergantung kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya