Tiada maklumat masalah pembekalan vaksin Pfizer - Utusan Malaysia

Tiada maklumat masalah pembekalan vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan isu masalah pembekalan dos vaksin daripada syarikat farmaseutikal Pfizer sebagaimana dakwaan media antarabangsa, Reuters.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) masih belum menerima sebarang dokumen daripada syarikat tersebut untuk penilaian pendaftaran dan pengujian produk vaksin Covid-19.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya sentiasa memantau perkembangan produk vaksin itu daripada syarikat terbabit dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.

“Adalah menjadi tanggungjawab NPRA untuk memastikan sebelum sesuatu produk didaftarkan untuk dipasarkan di Malaysia, perlu terlebih dahulu melalui proses penilaian dan pengujian berasaskan prinsip-prinsip kualiti, keselamatan dan juga keberkesanan.

“NPRA juga memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin serta ubat-ubatan yang berdaftar sentiasa terjamin melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya