Tiada kompromi terhadap anggota bermasalah - Polis Kelantan - Utusan Malaysia

Tiada kompromi terhadap anggota bermasalah – Polis Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggotanya, sama ada lain-lain pangkat mahu pun pegawai kanan yang didapati terlibat kes salah laku dan jenayah sehingga menjejaskan nama pasukan di mata masyarakat.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, sepanjang Januari hingga November tahun ini seramai 14 orang anggota telah dikenakan tindakan tatatertib selepas melakukan pelbagai kesalahan.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut lima yang terlibat adalah pegawai kanan.

“Untuk makluman antara tindakan yang telah kita diambil ialah turun pangkat, dibuang kerja, pemotongan gaji, denda, amaran dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas salah satu kes jenayah melibatkan anggotanya, di sini hari ini.

Pada 8 Disember lalu media melaporkan dua anggota polis masing-masing berpangkat Lans Koperal dan Konstabel tergamak menyuruh sepasang kekasih berbogel serta memaksa mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Pasangan kekasih itu dipercayai mengikut telunjuk anggota polis selepas mereka diugut akan dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) selepas mengaku kerana berdua-duaan di dalam kereta.

Lebih teruk, kedua-dua anggota itu dipercayai bertindak merakam perbuatan pasangan itu dengan menggunakan telefon pintar mereka.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, sepanjang Januari hingga November sebanyak 53 anggota polis telah terlibat dengan kesalahan tatatertib

Katanya, daripada jumlah tersebut 11 individu terlibat dengan jenayah, sembilan dadah, tujuh rasuah dan selebihnya lain-lain kesalahan termasuk berkahwin dua tanpa kelulusan.

“Bagaimanapun semua ini masih lagi dalam proses siasatan dan hanya 14 sahaja yang telah diambil tindakan,” katanya.

Shafien berkata, sejurus menerima laporan berkait dengan anggota, pihaknya akan terus melakukan siasatan.

“Sepanjang tahun lalu pula sebanyak 66 kes salah laku melibatkan pegawai dan anggota telah di rekodkan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya