Ternakan arnab berpotensi jadi prospek baharu pertanian - Utusan Malaysia

Ternakan arnab berpotensi jadi prospek baharu pertanian

ROSOL (tengah) bersama Amirullah (kiri) menunjukkan arnab yang dipamerkan dalam Kursus Asas Perternakan Arnab di Rumah Rehat Kuala Berang di Hulu Terengganu semalam.-UTUSAN/ Noor Hayati Mamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Bidang penternakan arnab berpotensi menjadi satu prospek baharu dalam bidang pertanian untuk diceburi rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, masa depan industri ternakan arnab pedaging dan hiasan amat cerah di samping mampu memberikan pulangan menguntungkan jika diusahakan secara berskala besar. 

“Permintaan terhadap daging arnab semakin meningkat dalam kalangan pengguna dan mampu menjadi alternatif kepada sumber protein selain lembu dan kambing.

“Pengusaha ternakan boleh menjana pendapatan lumayan dan saya difahamkan seekor arnab hidup dijual RM12 sekilogram, manakala dagingnya antara RM35 hingga RM45 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menutup Kursus Asas Perternakan Arnab di Rumah Rehat Kuala Berang di sini semalam. 

Yang hadir sama Presiden Majlis Belia negeri, Amirullah Othman.

Sementara itu, Amirullah menggalakkan golongan belia di negeri ini untuk menceburi bidang pertanian dan penternakan sebagai pekerjaan yang memberikan pendapatan lumayan.

Katanya, bidang berkenaan penting untuk masa depan negara dan golongan muda perlu mengambil peluang yang disediakan sebagai salah satu cabang kerjaya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya