Tergamam, rupanya pistol mainan - Utusan Malaysia

Tergamam, rupanya pistol mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI : Dua juruwang sebuah kedai sembahyang tergamam apabila diacu pistol dalam kejadian samun di Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Bagaimanapun senjata itu hanya pistol mainan setelah siasatan awal menerusi pemeriksaan berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Salah seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Ng, 21, ketika kejadian dia dan rakannya sedang berada di kaunter pada pukul 1.10 petang.

Menurutnya, tiba-tiba masuk seorang lelaki dengan memakai topeng muka terus merampas telefon bimbit yang digunakannnya.

“Dia terus masuk ke kaunter suruh saya serta rakan sekerja duduk, seorang lagi rakan dia (suspek) masuk dan mengacukan sesuatu seolah-olah sepucuk pistol.

“Mereka terus membuka mesin wang sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta memecut laju,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ng berkata, dia tergamam dan terkedu dengan kejadian itu kerana selama dua tahun bekerja ini kali pertama insiden cemas itu terjadi ke atas dirinya.

Katanya, dia terus menghubungi majikannya memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Indah semalam.

Jelasnya, kerugian dianggarkan lebih RM1,000 selain sebuah telefon bimbit jenis Huawei 5T dilarikan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ujarnya, polis masih menyiasat laporan itu termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Setelah meneliti rakaman CCTV suspek dipercayai menggunakan senjata menyerupai sepucuk pistol dan disyaki pistol mainan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya