HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah yang meninggal dunia semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan besar buat negara.
“Peranan Allahyarhamah sangat besar buat negara di samping menjadi ibu kepada bekas perdana menteri.
“Ini merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan permeteraian memorandum perjanjian (MoA) projek Model Ladang Buluh di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) di Kampung Teris di sini hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun. -UTUSAN