Terengganu diramal kemarau berpanjangan lima tahun lagi?  - Utusan Malaysia

Terengganu diramal kemarau berpanjangan lima tahun lagi? 

MD. Nasir (kanan) menyerahkan MoU kepada Hassan Basri pada majlis yang berlangsung di Unisza di Kuala Nerus hari ini. -UTUSAN/ NORADILA MAHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu dijangka mengalami kemarau berpanjangan berbanding negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia menjelang 2025 hingga 2030 berikutan perubahan iklim secara mendadak. 

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Datuk Dr. Md. Nasir Md. Noh berkata, penemuan itu diperoleh hasil kajian yang dijalankan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). 

Katanya, kejadian kemarau itu disebabkan fenomena El-Nino yang dijangka melanda Malaysia sepanjang tempoh tersebut. 

“Sifat kemarau di Terengganu agak berlainan berbanding negeri-negeri lain, dan tempohnya dijangka berpanjangan antara lima hingga enam bulan.

“Kaedah kajian yang dilakukan ini mampu merekodkan suhu iklim sehingga 90 ke 100 tahun akan datang, sehubungan itu semua pihak perlu bersedia menghadapi tempoh tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman  (MoU) dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, hari ini. 

Yang hadir sama, Naib Canselor Unisza, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. 

Dalam masa sama, Md. Nasir berkata, Terengganu turut diramalkan mengalami bah besar menjelang 2030 susulan fenomena La Nina. 

Katanya, hasil dapatan kedua-dua ramalan itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk tindakan selanjutnya. 

“Bagaimanapun, kami mencadangkan agar kerajaan menyediakan takungan air misalnya di bawah tanah untuk menghadapi  situasi El-Nino di samping takungan di kawasan bersesuaian bagi persediaan La Nina,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya