Tembak PGA : 5 lagi ditangkap jadikan 46 keseluruhan - Utusan Malaysia

Tembak PGA : 5 lagi ditangkap jadikan 46 keseluruhan

LIMA suspek baharu di bawa keluar dari Mahkamah Kangar, Perlis hari ini selepas mendapat perintah reman selama lima hari bagi membantu siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Polis menangkap lima lagi penyeludup menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 46 individu bagi membantu siasatan insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.

Daripada 46 individu tersebut empat merupakan warga Thai.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, lima suspek yang ditahan semalam itu berumur antara 30 hingga 65 tahun.

Katanya, dua tangkapan dibuat di sekitar Padang Besar manakala selebihnya di Kuala Perlis, Kuala Sanglang dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

“Mereka yang ditahan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban dalam pertempuran dengan 13 penyeludup ketum kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9, Padang Besar.

Berikutan itu, pihak polis terus agresif memburu penyeludup sehingga ‘lubang cacing’ dengan ramai dalam kalangan ketua-ketua penyeludup sudah ditahan setakat ini.

Sementara itu, lima suspek terbabit direman selama lima hari sehingga Rabu depan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Kamaliza Md Zain di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar di sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya