Tauma diraba ketika keluar beli burger - Utusan Malaysia

Tauma diraba ketika keluar beli burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua trauma selepas diraba seorang lelaki ketika menunggang motosikal di tepi lorong Taman Sungai Dua Utama, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal bersendirian pulang ke rumahnya selepas membeli burger di kawasan berdekatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa diekori suspek bermotosikal dari Taman Desa Murni tempat dia membeli burger.

Katanya, menyedari diekori, mangsa bertindak memberhentikan motosikal di tepi jalan bagi membiarkan suspek beredar.

“Namun, selepas meneruskan perjalanan, suspek yang datang dari arah belakang terus meraba dadanya menyebabkannya menjerit dan suspek melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, gadis itu yang sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal dan mengecam wajah suspek kerana tidak memakai topi keledar bertindak memaklumkan kejadian itu kepada bapanya.

Jelasnya, bapa mangsa yang mencari suspek berjaya menemuinya berdekatan sebuah kedai tayar di lorong lain taman perumahan sama.

“Bertindak daripada laporan dibuat mangsa, polis kemudiannya menahan suspek yang berusia 40 tahun dan sudah berkahwin itu bersama sebuah motosikal,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek yang bekerja di sebuah pusat cuci kereta itu negatif ujian air kencing namun mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN