Tarif elektrik kekal, semua pengguna nikmati rebat 2 sen

Tarif elektrik kekal, semua pengguna nikmati rebat 2 sen

pru15
SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengekalkan tarif elektrik bagi tahun 2021 serta pemberian rebat sebanyak dua sen kepada semua pengguna.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, takrif elektrik bagi tahun 2021 dikekalkan pada kadar 39.45 sen setiap kWj dan rebat dua sen bagi setiap kWj kepada semua pemilik akaun TNB bagi tempoh satu Januari sehingga 30 Jun 2021.

Katanya, rebat yang pertama kali dinikmati sejak Julai 2018 kini akan dinikmati oleh semua pengguna elektrik TNB tidak kira domestik dan bukan domestik.

“Langkah ini diambil berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh regulatori TNB kedua dibawah mekanisma rangka kerja IBR hingga 30 Disember 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga bersetuju untuk melepaskan kos bahan api kepada semua pengguna elektrik TNB berikutan penurunan harga bahan api iaitu arang batu dan gas pada separuh tahun kedua 2020 selaras dengan pelaksanaan mekanisma kadar surcaj ICPT bagi tempoh satu Januari hingga 30 Jun 2021.

“Dengan pemberian rebat sebanyak dua sen bagi kWj ini sukacita saya sebut seramai 7.5 juta pengguna domestik akan menikmati penurunan bil elektrik di antara 3.6 hingga 9.2 peratus

“Manakala pengguna komersial akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 4.0 hingga 5.2 peratus serta bil elektrik bagi pengguna Industri juga akan menurun di antara 4.6 hingga 6.6 peratus,” katanya.

Menurutnya, keputusan ini dibuat oleh kerajaan khususnya perdana menteri telah mengambil kira keadaan semasa dan kita berharap agar pemberian rebat ini akan membantu meringankan kos hidup rakyat dan kos perniagaan yang terkesan akibat pandemik covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya