Tangguh dahulu perjalanan rentas negeri - Utusan Malaysia

Tangguh dahulu perjalanan rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19, penduduk di negeri ini disarankan menangguh untuk merentas negeri walaupun kerajaan membenarkan berbuat demikian.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, saranan itu dibuat berikutan Selangor masih lagi mencatat kes tertinggi yang mungkin menjadikan mereka mungkin salah seorang ejen pembawa virus tersebut.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi pembawa virus Covid-19. Oleh itu, saya cadangkan penduduk menangguhkan dahulu rancangan untuk balik kampung, merentasi negeri atau mengadakan perjumpaan sosial,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat menghalang penduduknya daripada melakukan perjalanan ke negeri lain kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Sebaliknya katanya, hanya kerajaan Pusat yang boleh menguatkuasakan arahan larangan merentas negeri terhadap penduduk mana-mana negeri.

“Kita hanya boleh memberi nasihat serta menganjurkan kempen kesedaran kepada penduduk Selangor dan saya harap mereka melakukan perjalanan rentas negeri sekiranya mempunyai urusan penting sahaja.

“Sekiranya tidak ada urusan penting, tinggal di rumah dan luangkan masa anda bersama keluarga,” katanya.

Kelmarin, sebanyak 829 kes dicatatkan di Selangor, sekali gus menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya