Tak perlu gelar pendakwah selebriti penunggang agama - Ebit Liew

Tak perlu gelar pendakwah selebriti penunggang agama – Ebit Liew

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti laman sosial dan pendakwah bebas, Ebit Liew tidak melihat ada keperluan untuk masyarakat melabelkan golongan pendakwah yang terpalit dengan kontroversi sebagai penunggang agama.

Jelasnya, dalam mana-mana golongan manusia juga akan ada yang melakukan kesilapan dan bukan niat mereka untuk menggunakan agama ke arah yang salah.

“Kumpulan golongan pendakwah juga manusia biasa, jika mereka buat salah kita doakan mereka untuk diberi hidayah dan bertaubat. Bagi saya mereka bukan mahu gunakan agama, tetapi sebagai manusia akan ada kelemahan dan keaiban.

“Cuma saya selalu pesan kepada diri saya sendiri untuk sentiasa bermuhasabah diri, kita tidak tahu pengakhiran di mana, sekarang orang suka tetapi kita tahu cuma jangan pernah berhenti berbuat baik.

“Jujurnya ramai bertemu dengan saya yang mahu menjadi pendakwah dan terkenal, namun dakwah bukan bermula atas pentas memandangkan di atas pentas kita hanya berceramah tetapi turun dari pentas itulah kita sebenarnya mempraktikan ceramah kita dan ilmu yang kita sampaikan,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia terfikir untuk melibatkan diri dalam dunia politik seperti yang disarankan netizen, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 35, bagaimanapun melihat itu sebagai sesuatu yang mustahil.

“Politik memang bukan bidang saya. Saya memang bukan orangnya dan terus terang, saya tidak pandai dan tidak reti.

“Saya lebih berminat kerja-kerja dakwah dan kebajikan sekarang ini. Insya-Allah, saya akan teruskan macam ini dan niat saya sampai bila-bila begini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya