Tabung Endowmen Al-Bukhary bantu pelajar UTM - Utusan Malaysia

Tabung Endowmen Al-Bukhary bantu pelajar UTM

KETUA Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Md. Derick Basir (kanan) menyerahkan replika cek kepada Ahmad Fauzi Ismail dalam Majlis Lawatan Muhibah dan Penyerahan Sumbangan Johor Port Berhad untuk Tabung Endowmen UTM di UTM Skudai, Johor hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tabung Endowmen Johor Port Berhad kini dijenamakan semula kepada Tabung Endowmen Al-Bukhary sebagai tanda menghargai sumbangan berterusan syarikat itu kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan) UTM, Prof Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, Johor Port Berhad telah mula menyumbang RM5 juta untuk tabung tersebut menerusi satu memorandum perjanjian dimeterai pada 2013.

“Malah syarikat itu bersetuju untuk melanjutkan tempoh perjanjian itu tiga tahun lagi bermula 2019 dengan sumbangan dana RM3 juta.

“Hibah pelaburan dana disumbangkan tersebut merupakan sebahagian dana lebih RM25 juta yang digunakan dari Tabung Endowmen UTM untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Lawatan Muhibah dan Penyerahan Sumbangan Johor Port di Dewan Senat UTM, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Fauzi, Biasiswa Endowmen UTM hasil sumbangan Johor Port Berhad itu mulai ditawarkan kepada dua pelajar cemerlang ijazah sarjana muda mulai 2014.

Katanya, jumlah penerima sehingga kini adalah seramai 19 penerima dengan nilai biasiswa adalah RM12,000 setahun seorang pelajar. 

“Jumlah pembiayaan biasiswa terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM912,000. 

“Penawaran biasiswa ini kepada pelajar adalah berdasarkan jumlah hibah pelaburan yang diterima dan tanggungan tahun semasa,” katanya.

Katanya, menerusi tambahan sumbangan endowmen Johor Port Berhad pada 2018 sebanyak RM3 juta, bilangan penerima biasiswa dijangka bertambah dah ia bergantung kepada jumlah hibah pelaburan diterima pada tahun semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya