Sungai Lembing dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Sungai Lembing dilanda banjir kilat

KEADAAN di pekan Sungai Lembing yang dilanda banjir kilat awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Cuaca mendung dan hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan banjir kilat kira-kira 1.2 meter di pekan Sungai Lembing dekat sini.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 5 pagi ini yang menyaksikan beberapa rumah dan kedai di pekan berkenaan ditenggelami air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka selepas banjir kilat yang berlaku surut sepenuhnya kira-kira pukul 8 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, banjir kilat itu menyebabkan banyak barangan rumah dan kedai rosak.

“Setiap kali musim tengkujuh, keadaan ini pasti berlaku di pekan Sungai Lembing,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Md. Sohaimi dalam pada itu menasihatkan penduduk khususnya di Sungai Lembing supaya sentiasa berwaspada setiap kali hujan lebat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya