Sultan Johor murka Mersing dipenuhi sampah sarap

Sultan Johor murka Mersing kotor

BEBERAPA kawasan sekitar Mersing dipenuhi sampah sarap telah membangkitkan kemurkaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat-tempat awam dipenuhi sampah sarap.

Sultan Ibrahim bertitah, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah kaya dengan keindahan alam semula jadi.

Baginda menegaskan sekiranya tabiat ini berterusan, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.

“Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing? Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong sampai, disambut sampah. 

“Tidak malukah kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang? Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Titah Baginda, Mersing perlu mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani telah dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada 2018.

“Mersing mempunyai potensi yang besar untuk terus dimajukan dalam sektor ekopelancongan dan ia juga pintu utama untuk ke pulau-pulau pelancongan sekitar. 

“Saya ada pelbagai idea untuk menarik pelaburan dan kemajuan untuk sektor di Mersing, tetapi rakyat juga perlu mainkan peranan menjaga kebersihan di sini. 

“Tidak ada orang yang nak berkunjung ke tempat yang kotor,” titah Baginda.

Baginda juga bertitah supaya pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisiplin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya