Sudah beri amaran, Indonesia tetap laksanakan Pilkada - Utusan Malaysia

Sudah beri amaran, Indonesia tetap laksanakan Pilkada

PETUGAS Komisi Pilihan Raya memakai kostum adiwira ketika pilihan raya ketua daerah di Surabaya, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mengadakan pilihan raya ketua daerah (Pilkada) hari ini dengan lebih 100 juta pengundi dijangka melakukan undian walaupun amaran sudah diberikan pilihan raya itu akan memburukkan krisis Covid-19.

Negara yang mempunyai hampir 270 juta penduduk itu menangguhkan pilihan raya itu yang dijadualkan pada September lalu ketika bergelut mengawal kadar jangkitan yang melonjak.

Pengkiritik memberi amaran risiko pelanggaran protokol kesihatan termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Saya takut lebih ramai orang akan terjangkit dan meninggal dunia selepas pilihan raya ini,” kata pengamat politik Institut Sains Indonesia, Siti Zuhro.

Ratusan calon bersaing untuk 270 jawatan termasuk gabenor wilayah, ketua daerah dan datuk bandar termasuk anak sulung lelaki Presiden Joko Widodo.

Sekurang-kurangnya lima calon dilaporkan meninggal dunia dan lebih 1,000 kakitangan Komisi Pilihan Raya dijangkiti Covid-19 menjelang hari mengundi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya