Suasana pilu selubungi Unit Forensik - Utusan Malaysia

Suasana pilu selubungi Unit Forensik

MUHAMMAD Syafiq Ahmad ditenangkan ahli keluarganya di Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap dekat sini ekoran kemalangan yang meragut nyawa anak lelaki penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad.

Bayi yang baharu 22 hari dilahirkan itu meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Di pekarangan unit forensik hospital berkenaan, Muhammad Syafiq cuba ditenangkan ahli keluarganya susulan kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya