Suami isteri maut tercampak keluar dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Suami isteri maut tercampak keluar dalam kemalangan

SEPASANG suami isteri maut manakala seorang lagi cedera parah selepas tercampak keluar daripada kenderaan jenis Honda HRV dalam kemalangan di Kilometer 23 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Port Dickson hari ini.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sepasang suami isteri maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 23 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang tadi, dua orang penumpang kereta maut di tempat kejadian iaitu Seng Pang Hemg, 57, dan isterinya Lim Mei May, 50.

“Siasatan awal di tempat mendapati kereta jenis Honda HRV yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 35 tahun dari arah Telok Kemang menghala ke Seremban telah hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Akibat hilang kawalan, kereta tersebut telah terbabas ke kiri jalan (kawasan lapang) dan dipercayai berpusing beberapa kali menyebabkan tiga mangsa yang berada dalam kenderaan tercampak keluar,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mustafah, dua mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri dan ketika kejadian Pang Hemg duduk di bahagian penumpang hadapan manakala Mei May penumpang belakang.

“Pemandu kereta yang juga merupakan anak saudara pasangan tersebut terselamat, namun, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Port Dickson.

“Kedua-dua mayat mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya