SPRM tingkat usaha sama PBT perangi rasuah - Utusan Malaysia

SPRM tingkat usaha sama PBT perangi rasuah

SPRM bersama Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) bersempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan penglibatan kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam usaha memerangi rasuah.

Ia antara langkah diambil agensi itu dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) bersempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 yang dirai hari ini di seluruh dunia.

“SPRM berharap agar warga PBT melapor sebarang tawaran rasuah mana-mana pihak bagi memastikan isu ini ditangani lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya melalui kenyataan.

Bertemakan ‘PBT Perangi Pemberi Rasuah’, penglibatan 153 PBT di seluruh negara adalah perlu bagi membuktikan komitmen setiap petugas PBT dalam memerangi jenayah rasuah.

HARA disambut setiap 9 Disember susulan pengisytiharan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 2003 bagi banteras korupsi sejagat yang dianggarkan bernilai AS$1.5 trilion setahun.

Ia dianjur agensi badan induk itu, Program Pembangunan Bangsa Bersatu (UNDP) di New York, Amerika Syarikat demi atasi ketirisan sektor kesihatan global berjumlah AS$500 bilion.  

Bersempena sambutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyampaikan amanat beliau mengenai kepentingan membanteras kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Beliau turut menghadiri Majlis Perasmian Sambutan HARA 2020 bersama-sama dengan barisan kepimpinan YARM di Kompleks Perbadanan Putrajaya, hari ini,” kata kenyataan tersebut.

Selain program ‘walkabout’ yang dijalankan secara serentak di seluruh negara melibatkan PBT dan masyarakat umum, turut diadakan ialah sesi dialog antara SPRM dan semua PBT.

Sambutan pada kali ini turut menyaksikan sesi menandatangani Janji Warga PBT bagi perangi pemberi rasuah sejajar tema yang ditetapkan oleh PBB iaitu ‘Bersatu Melawan Koupsi’.

Bagaimanapun kenyataan itu menambah, ekoran mengambil kira situasi pandemik Covid-19, tema khusus yang diperkenalkan UNDP pada tahun ini ialah ‘Pemulihan Dengan Integriti’. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN