Sorok dadah dalam rumah - Utusan Malaysia

Sorok dadah dalam rumah

MOHD. Taufik Maidin (tengah) menunjukkan pil dadah yang berjaya dirampas di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2, Gua Musang, Kelantan. -UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kegiatan pengedaran dadah seorang lelaki terbongkar apabila dia ditahan polis di rumahnya, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 10.30 malam itu, lelaki berusia 34 tahun dan tidak bekerja itu ditahan bersama dadah bernilai RM35,780 yang disorok dalam sebuah bilik. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya berjaya merampas sebanyak 1,978 pil berwarna merah dan 20 biji pil kehijauan bertulis WY serta enam paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur kristal disyaki syabu.

Katanya, selain itu turut ditemukan wang tunai RM2,322 dipercayai hasil menjual dadah.

“Rampasan dadah itu boleh menampung keperluan 1,750 penagih untuk edaran sekitar Paloh dan bandar ini. 

“Mengikut siasatan awal juga, penganggur ini begitu licik apabila menyorok kegiatannya daripada pengetahuan ahli keluarga sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, suspek yang positif methamphetamine masih ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di RKT Kesedar Jeram Tekoh pukul 9 pagi hari yang sama, polis menemukan 700 kilogram daun ketum dan menahan enam lelaki berumur antara 16 hingga 45 tahun.

“Pemeriksaan di dalam rumah menemukan 49 bungkusan plastik hitam berisi daun kehijauan dipercayai ketum bernilai RM7,000,” katanya sambil memberitahu, ujian air kencing mendapati dua daripada suspek positif methamphetamine.

Kesemua suspek masih ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. 

Mohd. Taufik meminta penduduk setempat terus memberi membantu polis dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan dadah dalam kalangan masyarakat Kesedar dan Felda yang boleh dikatakan agak serius ketika ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya