SKMM nafi keluarkan surat berhubung laman sesawang disekat - Utusan Malaysia

SKMM nafi keluarkan surat berhubung laman sesawang disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat menggunakan kepala surat SKMM Pulau Pinang berhubung maklum balas atas khidmat sokongan pengguna mengenai laman sesawang yang mengalami sekatan akses.

Menurut SKMM, surat berkenaan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan orang ramai diminta tidak terpedaya berhubung kegiatan itu.

“SKMM ingin menegaskan bahawa surat berkenaan adalah palsu dan pihak SKMM tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian kepada orang ramai.

“Oleh itu, orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat, e-mel mahupun mesej yang tidak ditentukan kesahihannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SKMM pada masa sama, menasihatkan orang ramai mengelak daripada membalas mesej serta klik pada pautan dalam surat berkenaan.

Selain itu, katanya, sekiranya terjumpa kandungan yang mencurigakan, laporkan perkara tersebut dengan segera agar tindakan susulan boleh diambil oleh pihak berkuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya